Laman Web Rasmi
Pejabat Daerah Dan Tanah Marang
"Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan"
SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2023 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU. PDF Cetak E-mail
Oleh Administrator   
Ahad, 03 September 2023 00:00

31 Ogos 2023 (Khamis) - 110 kontinjen mengikuti perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan yang ke-66. Perarakan ini bermula dari Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah berakhir di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu melibatkan jarak 4.2 kilometer.

Duli Yang Teramat Mulia Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat ke Majlis Perarakan dan Perbarisan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman pada hari ini. Turut berangkat ke majlis, YAM Tengku Sri Setia Mahkota Raja, Tengku Dato’ Seri Muhammad Mua’az Ibni Sultan Mizan Zainal Abidin, YAM Tengku Puteri Utama Raja, YAM Tengku Puteri Daulath Raja dan YAM Tengku Sri Temenggung Raja Terengganu, Tengku Dato’ Seri Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.Turut hadir sama bagi memeriahkan lagi sambutan pada tahun ini ialah YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu, YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Terengganu, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu, Ahli Parlimen dan ketua-ketua Jabatan.

Rakyat Terengganu daripada pelbagai lapisan usia, kaum dan agama telah mula berada di sepanjang laluan perarakan dan perbarisan sejak awal pagi begitu teruja menyaksikan perarakan dan sambutan tersebut.Tahniah diucapkan kepada semua kontinjen Jabatan/Agensi Kerajaan yang telah berjaya dalam pertandingan perbarisan dan perarakan pada tahun ini.Tahniah diucapkan kepada semua kontinjen Jabatan/Agensi Kerajaan yang telah berjaya dalam pertandingan perbarisan dan perarakan pada tahun ini.

 


 


 

DiKemaskini Pada Isnin, 02 Oktober 2023 15:48
Jumlah Capaian Ke Laman ini :1230 kali.
 
Alamat Untuk Di Hubungi PEJABAT DAERAH DAN TANAH MARANG
21600 Marang,
Terengganu Darul Iman.
No Telefon Dan Fax TEL : 09-6182211/6185013
FAX PDM: 09-6181963
FAX PTM: 09-6185960
E-Mail E-mail PDTM :
pdmarang@terengganu.gov.my
ptmarang@terengganu.gov.my
Direktori Kakitangan Direktori Kakitangan
Pejabat Daerah Dan Tanah Marang
Kaunter Bersepadu
e-Kajian Kepuasan Pelanggan Online
APC
Perkhidmatan Online
Jadual Bertugas Penghulu Mukim
Hakcipta Terpelihara © 2013-2014 Pejabat Daerah Dan Tanah Marang. All Rights Reserved.
Penafian:Pejabat Daerah Dan Tanah Marang tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan
disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada Laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan resolusi 1024 x 768, pelayar IE8, Mozilla Firefox
Terma Dan Syarat | Dasar Privisi | Dasar Keselamatan | Piagam Pelanggan | Bantuan
Di kemaskini Pada :
Ahad 12 Mei 2024, 15:49
Jumlah Pelawat :
943038
(Statistik Penuh)
Malaysia : https://www.malaysia.gov.my    Kerajaaan Negeri Terengganu : http://www.terengganu.gov.my    Mampu :http://www.mampu.gov.my    MSC Malaysia : http://www.mscmalaysia.gov.my Mysms :http://www.mygovmobile.malaysia.gov.my   
Ikuti Kami :
FacebookFeed

mod_vvisit_counterToday39
mod_vvisit_counterYesterday97
mod_vvisit_counterThis week328
mod_vvisit_counterLast week531
mod_vvisit_counterThis month2357
mod_vvisit_counterLast month2422
mod_vvisit_counterAll days943038

QR Kod PDTM :
5addc8a27c27188a5c40cd384a3ab5e8z