Laman Web Rasmi
Pejabat Daerah Dan Tanah Marang
"Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan"
Tilawah Al-Quran & Hafazan Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2023M/1444H PDF Cetak E-mail
Oleh Administrator   
Isnin, 06 Mac 2023 00:00

Menjunjung setinggi-tinggi kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah berangkat bercemar duli ke Majlis Penutup dan Pengurniaan Hadiah Tilawah Al-Quran & Hafazan Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2023M/1444H bertempat di Dataran Pejabat Daerah Dan Tanah Marang, Marang, Terengganu.

Mengiringi Baginda Duli Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Zainal Abidin, Yang Di-Pertuan Muda Terengganu serta Yang Amat Mulia Tengku Puteri Utama Raja Tengku Dato' Seri Nadhirah Zahrah Binti Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin. Turut hadir Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri, To’ Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab Rahman, YB Dato' Haji Yahaya Ali serta isteri, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, YB Dato' Haji Shaikh Harun Shaikh Ismail serta isteri, Ahli Dewan Pangkuan Diraja, YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu serta isteri, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu, Ahli-Ahli Dewan Rakyat dan Negara, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, serta seluruh tetamu yang hadir.

Tahniah diucapkan kepada Abdul Hadi bin Ab Halim dari daerah Kuala Terengganu telah dinobatkan sebagai Juara Qari, manakala Juara Qariah pula jatuh Nur Hidayah binti Abdul Rahman dari daerah Setiu  Kedua-duanya akan mewakili negeri Terengganu pada Majlis Tilawah Peringkat Kebangsaan. Juga diucapkan tahniah kepada semua peserta yang melakukan sehabis baik dalam mengalunkan bacaan Al-quran.

DiKemaskini Pada Rabu, 24 Mei 2023 10:34
Jumlah Capaian Ke Laman ini :444 kali.
 
Alamat Untuk Di Hubungi PEJABAT DAERAH DAN TANAH MARANG
21600 Marang,
Terengganu Darul Iman.
No Telefon Dan Fax TEL : 09-6182211/6185013
FAX PDM: 09-6181963
FAX PTM: 09-6185960
E-Mail E-mail PDTM :
pdmarang@terengganu.gov.my
ptmarang@terengganu.gov.my
Direktori Kakitangan Direktori Kakitangan
Pejabat Daerah Dan Tanah Marang
Kaunter Bersepadu
e-Kajian Kepuasan Pelanggan Online
APC
Perkhidmatan Online
Jadual Bertugas Penghulu Mukim
Hakcipta Terpelihara © 2013-2014 Pejabat Daerah Dan Tanah Marang. All Rights Reserved.
Penafian:Pejabat Daerah Dan Tanah Marang tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan
disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada Laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan resolusi 1024 x 768, pelayar IE8, Mozilla Firefox
Terma Dan Syarat | Dasar Privisi | Dasar Keselamatan | Piagam Pelanggan | Bantuan
Di kemaskini Pada :
Ahad 12 Mei 2024, 15:49
Jumlah Pelawat :
943034
(Statistik Penuh)
Malaysia : https://www.malaysia.gov.my    Kerajaaan Negeri Terengganu : http://www.terengganu.gov.my    Mampu :http://www.mampu.gov.my    MSC Malaysia : http://www.mscmalaysia.gov.my Mysms :http://www.mygovmobile.malaysia.gov.my   
Ikuti Kami :
FacebookFeed

mod_vvisit_counterToday35
mod_vvisit_counterYesterday97
mod_vvisit_counterThis week324
mod_vvisit_counterLast week531
mod_vvisit_counterThis month2353
mod_vvisit_counterLast month2422
mod_vvisit_counterAll days943034

QR Kod PDTM :
5addc8a27c27188a5c40cd384a3ab5e8z