Perkhidmatan PTM Cetak
Oleh Administrator   
Ahad, 30 Mac 2014 11:20

BAHAGIAN PEMBANGUNAN TANAH

* Permohonan penyerahan balik dan pemberimilikan semula tanah
* Permohonan serentak pecah sempadan dan ubah syarat tanah
* Permohonan ubah syarat, pecah sempadan / bahagian tanah
* Permohonan penyatuan tanah
* Memproses permohonan penukaran jenis tanah dari pertanian kepada industri
* Pemberian milik tanah di bawah akta tanah
* Memproses permohonan pecah sempadan / bahagian, pemberian milik tanah dan penyerahan semula untuk tujuan membangunkan tanah di atas tanah milik

BAHAGIAN PENDAFTARAN URUSNIAGA

* Menerima suratcara urusniaga / bukan urusniaga
* Menyemak dokumen untuk menentukan kelayakan pendaftaran selaras dengan peraturan dan perundangan
* Mendaftar hakmilik tanah
* Mendaftar urusnniaga dan bukan urusniaga
* Menyedia dan mendaftar hakmilik sementara dan hakmilik kekal
* Menyemak dan menjilid dokumen hakmilik, suratcara urusniaga dan bukan urusniaga

BAHAGIAAN PENGUATKUASAAN

* Menyiasat dan menyediakan laporan aduan orang ramai
* Membuat laporan tanah mengenai permohonan permit pengeluaran bahan batuan, permohonan tanah dan lesen menduduki sementara
* Menjalankan penguatkuasaan terhadap pengeluaran bahan batuan tanpa permit
* Menjalankan penguatkuasaan terhadap pencerobohan tanah kerajaan
* Mengemukakan laporan siasatan sebelum proses pendakwaan dilaksanakan

BAHAGIAN KEWANGAN DAN PENTADBIRAN

* Mengurus hal ehwal pentadbiran dan kewangan secara efektif dan efisyen supaya dapat meningkatkan kualiti pengurusan pentadbiran peringkat daerah
* Mengawasi disiplin dan memproses tindakan tatatertib
* Mengurus segala cuti, menyedia dan memprooses dokumen persaraan
* Menyelaras kursus-kursus, seminar dan bengkel bagi meningkatkan kefahaman tetntang dasar dan peraturan kerja semasa
* Melaksanakan pengurusan perolehan pejabat dan mengawalselia keperluan
* Menguruskan tatacara pengurusan aset alih kerajaan di jabatan meliputi harta modal, dan inventori merangkumi aspek penerimaa, pendaftaran, penyimpanan, penggunaan  dan penyelenggaraan, pelupusan, kehilangan dan hapuskira.

BAHAGIAN HASIL

* Menyelaras, memungut hasil dengan cara lebih berkesan
* Melicinkan perjalanan sistem pembayaran cukai atau hasil setempat
* Menyelaraskan laporan pungutan hasil bulanan
* Mengumpul maklumat berkaitan hasil tanah bagi tujuan pemantauan
* Merangka dasar dan perancangan kutipan tahunan hasil tanah

BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

* Membangunkan aplikasi berkaitan dengan urusan di jabatan mengikut keperluan semasa seperti pembangunan sistem ambil balik tanah, sistem mensyuarat dan sebagainya
* Membangun dan mengemaskini laman web jabatan
* Menyelaraskan dan mengawasi penggunaan perisian dan perkakasan ICT
* Menyediakan latihan untuk semua pegawai dan anggota


DiKemaskini Pada Ahad, 30 Mac 2014 11:22
Jumlah Capaian Ke Laman ini :6004 kali.