Perkhidmatan PDM Cetak
Oleh Administrator   
Ahad, 30 Mac 2014 11:19

1. PERKHIDMATAN BAHAGIAN PENTADBIRAN

a) Duti Setem

 

  • Dikendalikan sepenuhnya di Kaunter Bersepadu, Kaunter 4, Pejabat Daerah dan Tanah Marang.
  • Sekiranya suratcara memerlukan tandatangan pegawai, pelanggan diminta duduk di ruangan menunggu.
  • Suratcara selesai dan dipulangkan semula kepada pelanggan.

JADUAL URUS NIAGA DUTI SETEM

 

b) Lesen Tukang Emas

  • Dikeluarkan hanya setahun sekali.
  • Pemohon yang ingin memohon lesen tersebut haruslah memohon lesen di Pejabat Daerah Marang.

c) Permohonan Mendapat Sijil Kerakyatan DYMM Sultan Terengganu

  • Dikendalikan sepenuhnya di kaunter 3, Bahagian Pentadbiran Pejabat Daerah Marang
  • Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas.
  • Pemohon dilahirkan di luar Negeri Terengganu.

PÂ    d) Perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah

  • Perkhidmatan ini disediakan bagi memudahkan masyarakat tempatan yang memerlukan tandatangan bagi menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan tanah,tarekah sebagainya.

2. PERKHIDMATAN BAHAGIAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT

a) Pentadbiran JKKK

  • Penghulu Mukim akan melantik JKKK kampung di bawah mukim masing-masing.
  • Setiap JKKK dilantik setiap 2 tahun sekali.
  • Setiap pemasalahan yang dihadapi oleh JKKK akan dirujuk kepada Penghulu Mukim.
  • JKKK adalah perantaraan bagi penghulu mukim untuk mengetahui masalah anak mukim masing-masing.

b) Bantuan Baik Pulih dan Bina Baru Rumah PPRT

  • Bahagian ini menyediakan perkhidmatan baik pulih dan bina baru rumah PPRT
  • Permohonan untuk bantuan ini hendaklah dibuat melalui JKKK dan Pengesahan akan dilakukan oleh Penghulu mukim.
  • Setiap pemohonan akan dipilih dan dinilai megikut kelayakan untuk diberi bantuan tersebut.
  • Melalui program ini dapat membantu masyarakat yang berpendapatan rendah untuk menjalani kehidupan yang lebih sempurna.

c) Pengesahan Dokumen

  • Dokumen asal hendaklah dikemukakan bersama semasa pengesahan salinan dibuat.
  • Pegawai yang terlibat :
    • Pegawai Daerah
    • Ketua Penolong Pegawai Daerah
    • Penolong Pegawai Daerah
    • Pegawai Eksekutif
    • Penghulu
  • Setelah semakan dan berpuashati, tandatangan pegawai berkenaan diturunkan pada salinan dokumen.

d) Pemberian Sijil ASB / ASN

  • Bantuan yang diberikan kepada golongan berpendapatan rendah dalam sijil ASB / ASN.

3. PERKHIDMATAN PEMBANGUNAN FIZIKAL/LUAR BANDAR

a) Khidmat Penggunaan Jentera dan Kenderaan Berat

  • Bahagian ini menyediakan khidmat penggunaan jentera berat seperti buldozer, lori dan sebagainya.
  • Penggunaan jentera berat adalah untuk mengangkut barang dan menimbun tanah atau sebagainya di tempat yang dikehendaki.

b) Menyediakan Kemudahan Prasarana  / Infrustruktur Awam

  • Mengenalpasti lokasi penempatan bagi pembinaan kemudahan prasarana.
  • Penyediaan kemudahan prasarana bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

c) Menyediakan Kemudahan Kemudahan Sukan & Rekreasi , Perhentian Bas Henti-Henti, Wakaf dan sebagainya

  • Untuk meningkatkan kesedaran cara hidup sihat dengan aktiviti sukan yang pelbagai.
  • Memberikan kemudahan tempat menunggu yang selesa kepada pengguna pengangkutan awam.

d) Menyediakan Pelan-Pelan Seragam

  • PDM juga menyediakan lukisan pelan yang seragam.
  • Pelan-pelan seragam ialah pelan bangunan yang sama untuk dibina dikawasan Daerah Marang. Contohnya Bangunan Balairaya.
DiKemaskini Pada Khamis, 31 July 2014 14:29
Jumlah Capaian Ke Laman ini :6673 kali.