MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT DAERAH MARANG 1441H/2020M Cetak
Oleh Administrator   
Ahad, 15 Desember 2019 16:53

12 Disember 2019 – Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Marang 1441H/2020M telah diadakan di Masjid Kampung Bukit Payong. Pejabat Daerah Marang Dengan kerjasama Pejabat Agama Daerah Marang, Majlis Daerah Marang Jabatan Kerja Raya Marang Urus Setia Penerangan Darul Iman - UPDI , Pejabat Penerangan Daerah Marang dan beberapa agansi lain telah melakukan persiapan bermula seminggu lepas bagi memastikan kelancaran Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Marang 1441H/2020M.

Seramai 10 peserta terdiri daripada 5 Qari dan 4 Qariah telah memperdengarkan bacaan Ayat Suci Al-Quran. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Ustaz Mohd Nor bin Hamzah Pengerusi Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri Terengganu Darul Iman.. Muhammad Syahir Bin Yahya telah dinobatkan sebagai Juara Qari, manakala Juara Qariah pula jatuh kepada Adik Nur Afifah Binti Zaki yang mana masing-masing membawa pulang wang tunai RM2,000 serta piala pusingan. Kedua-duanya akan mewakili Daerah Marang pada Majlis Tilawah Peringkat Negeri Terengganu di Daerah Besut Pada Januari 2020.

.