JOM SINGGAH PEKAN BUDAYA MARANG 2019 Cetak
Oleh Administrator   
Rabu, 31 July 2019 00:00

Marang - 26 Julai Jom Singgah Pekan Budaya Marang menjadi satu fenomena baru apabila di serbu 10 ribu pengunjung sejak dari semalam. Pelbagai acara menarik di sajikan sepanjang Pekan Budaya Marang bermula 26hb hingga 29hb julaiĀ  2019 ini. Antara acara yang menjadi tumpuan adalah acara tarik pukat yang jarang2 kali dipersembahkan di khalayak ramai. Acara lain yg menarik adalah seperti demostrasi Silat, Tumbuk emping, jahit pukat, lumba kuda poney, Permainan tradisional, gasing pakoh dan banyak lagi acara- acara yang menarik. Dengan konsep perkampungan tradisional Pekan Budaya Marang membawa kelainan dari pekan-pekan budaya yg diadakan sebelum ini.


Perasmian yang dirasmikan oleh Wakil YAB Menteri besar Terengganu iaitu YB Ustaz Ariffin Deraman melahirkan yang mana Pekan Budaya Marang akan dimasukan ke kalendar tahun melawat Malaysia 2020.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato' Yahaya Ali, Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong.

DiKemaskini Pada Ahad, 15 Desember 2019 11:42
Jumlah Capaian Ke Laman ini :160 kali.