MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERDANA PERINGKAT DAERAH MARANG TAHUN 2019 Cetak
Oleh Administrator   
Isnin, 01 July 2019 00:00

MARANG – Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Perdana Peringkat Daerah Marang telah diadakan pada 27 Jun 2019 (Khamis) bersamaan 23 Syawal 1440H bertempat di Dataran Bandar Marang. Sambutan Hari raya pada tahun ini melibatkan 44 Agensi dalam Daerah Marang.Majlis yang bermula seawal jam 10.00 pagi telah menerima kehadiran Warga Marang untuk bersama-sama merasai kemeriahan sambutan Aidilfitri bersama-sama. Pelbagai juadah istimewa hari raya telah disediakan termasuklah juadah tradisi seperti ketupat, lemang, tapai pulut dan pelbagai kuih-muih lain yang telah disediakan di booth-booth jabatan dan agensi Daerah Marang.

Majlis ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran YAB. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu dan turut dihiasi lagi dengan pertandingan gerai tercantik antara jabatan yang terlibat. Program ini diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan gerai tercantik oleh YAB. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu. Johan dimenangi oleh Jabatan Kerja Raya, manakala tempat kedua, Majlis Daerah Marang dan tempat ketiga, Pejabat RELA Dearah Marang.