Program "Terengganu Go Clean" peringkat Daerah Marang 2019 Cetak
Oleh Administrator   
Isnin, 22 April 2019 16:37

21 April 2019- Program "Terengganu Go Clean" peringkat Daerah Marang 2019 yang telah diadakan di 3 lokasi iaitu di Pantai Peranginan Kelulut (Perasmian), Di Pulau Kekabu Dan Pantai Rusila. Program Gotong Royong Pembersihan Pantai ini telah  dijalankan secara serentak di seluruh Negeri Terengganu yang akan direkodkan di dalam Malaysia Book of Record. Program ini telah di rasmikan oleh Tuan Pegawai Daerah Marang Tuan Haji Tun Ahmad Faisal bin Tun Abdul Razak di Pantai Peranginan Kelulut.