PDM
1. PERKHIDMATAN BAHAGIAN PENTADBIRAN
a) Duti Setem
- Dikendalikan sepenuhnya di Kaunter Bersepadu, Kaunter 4, Pejabat Daerah dan Tanah Marang.
- Sekiranya suratcara memerlukan tandatangan pegawai, pelanggan diminta duduk di ruangan menunggu.
- Suratcara selesai dan dipulangkan semula kepada pelanggan.
JADUAL URUS NIAGA DUTI SETEM
b) Lesen Tukang Emas
- Dikeluarkan hanya setahun sekali.
- Pemohon yang ingin memohon lesen tersebut haruslah memohon lesen di Pejabat Daerah Marang.
c) Permohonan Mendapat Sijil Kerakyatan DYMM Sultan Terengganu
- Dikendalikan sepenuhnya di kaunter 3, Bahagian Pentadbiran Pejabat Daerah Marang
- Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas.
- Pemohon dilahirkan di luar Negeri Terengganu.
PÂ d) Perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah
- Perkhidmatan ini disediakan bagi memudahkan masyarakat tempatan yang memerlukan tandatangan bagi menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan tanah,tarekah sebagainya.
2. PERKHIDMATAN BAHAGIAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT
a) Pentadbiran JKKK
- Penghulu Mukim akan melantik JKKK kampung di bawah mukim masing-masing.
- Setiap JKKK dilantik setiap 2 tahun sekali.
- Setiap pemasalahan yang dihadapi oleh JKKK akan dirujuk kepada Penghulu Mukim.
- JKKK adalah perantaraan bagi penghulu mukim untuk mengetahui masalah anak mukim masing-masing.
b) Bantuan Baik Pulih dan Bina Baru Rumah PPRT
- Bahagian ini menyediakan perkhidmatan baik pulih dan bina baru rumah PPRT
- Permohonan untuk bantuan ini hendaklah dibuat melalui JKKK dan Pengesahan akan dilakukan oleh Penghulu mukim.
- Setiap pemohonan akan dipilih dan dinilai megikut kelayakan untuk diberi bantuan tersebut.
- Melalui program ini dapat membantu masyarakat yang berpendapatan rendah untuk menjalani kehidupan yang lebih sempurna.
c) Pengesahan Dokumen
- Dokumen asal hendaklah dikemukakan bersama semasa pengesahan salinan dibuat.
- Pegawai yang terlibat :
- Pegawai Daerah
- Ketua Penolong Pegawai Daerah
- Penolong Pegawai Daerah
- Pegawai Eksekutif
- Penghulu
- Setelah semakan dan berpuashati, tandatangan pegawai berkenaan diturunkan pada salinan dokumen.
d) Pemberian Sijil ASB / ASN
- Bantuan yang diberikan kepada golongan berpendapatan rendah dalam sijil ASB / ASN.
3. PERKHIDMATAN PEMBANGUNAN FIZIKAL/LUAR BANDAR
a) Khidmat Penggunaan Jentera dan Kenderaan Berat
- Bahagian ini menyediakan khidmat penggunaan jentera berat seperti buldozer, lori dan sebagainya.
- Penggunaan jentera berat adalah untuk mengangkut barang dan menimbun tanah atau sebagainya di tempat yang dikehendaki.
b) Menyediakan Kemudahan Prasarana / Infrustruktur Awam
- Mengenalpasti lokasi penempatan bagi pembinaan kemudahan prasarana.
- Penyediaan kemudahan prasarana bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
c) Menyediakan Kemudahan Kemudahan Sukan & Rekreasi , Perhentian Bas Henti-Henti, Wakaf dan sebagainya
- Untuk meningkatkan kesedaran cara hidup sihat dengan aktiviti sukan yang pelbagai.
- Memberikan kemudahan tempat menunggu yang selesa kepada pengguna pengangkutan awam.
d) Menyediakan Pelan-Pelan Seragam
- PDM juga menyediakan lukisan pelan yang seragam.
- Pelan-pelan seragam ialah pelan bangunan yang sama untuk dibina dikawasan Daerah Marang. Contohnya Bangunan Balairaya.
PTM
BAHAGIAN PEMBANGUNAN TANAH
* Permohonan penyerahan balik dan pemberimilikan semula tanah * Permohonan serentak pecah sempadan dan ubah syarat tanah * Permohonan ubah syarat, pecah sempadan / bahagian tanah * Permohonan penyatuan tanah * Memproses permohonan penukaran jenis tanah dari pertanian kepada industri * Pemberian milik tanah di bawah akta tanah * Memproses permohonan pecah sempadan / bahagian, pemberian milik tanah dan penyerahan semula untuk tujuan membangunkan tanah di atas tanah milik
BAHAGIAN PENDAFTARAN URUSNIAGA
* Menerima suratcara urusniaga / bukan urusniaga * Menyemak dokumen untuk menentukan kelayakan pendaftaran selaras dengan peraturan dan perundangan * Mendaftar hakmilik tanah * Mendaftar urusnniaga dan bukan urusniaga * Menyedia dan mendaftar hakmilik sementara dan hakmilik kekal * Menyemak dan menjilid dokumen hakmilik, suratcara urusniaga dan bukan urusniaga
BAHAGIAAN PENGUATKUASAAN
* Menyiasat dan menyediakan laporan aduan orang ramai * Membuat laporan tanah mengenai permohonan permit pengeluaran bahan batuan, permohonan tanah dan lesen menduduki sementara * Menjalankan penguatkuasaan terhadap pengeluaran bahan batuan tanpa permit * Menjalankan penguatkuasaan terhadap pencerobohan tanah kerajaan * Mengemukakan laporan siasatan sebelum proses pendakwaan dilaksanakan
BAHAGIAN KEWANGAN DAN PENTADBIRAN
* Mengurus hal ehwal pentadbiran dan kewangan secara efektif dan efisyen supaya dapat meningkatkan kualiti pengurusan pentadbiran peringkat daerah * Mengawasi disiplin dan memproses tindakan tatatertib * Mengurus segala cuti, menyedia dan memprooses dokumen persaraan * Menyelaras kursus-kursus, seminar dan bengkel bagi meningkatkan kefahaman tetntang dasar dan peraturan kerja semasa * Melaksanakan pengurusan perolehan pejabat dan mengawalselia keperluan * Menguruskan tatacara pengurusan aset alih kerajaan di jabatan meliputi harta modal, dan inventori merangkumi aspek penerimaa, pendaftaran, penyimpanan, penggunaan dan penyelenggaraan, pelupusan, kehilangan dan hapuskira.
BAHAGIAN HASIL
* Menyelaras, memungut hasil dengan cara lebih berkesan * Melicinkan perjalanan sistem pembayaran cukai atau hasil setempat * Menyelaraskan laporan pungutan hasil bulanan * Mengumpul maklumat berkaitan hasil tanah bagi tujuan pemantauan * Merangka dasar dan perancangan kutipan tahunan hasil tanah
BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
* Membangunkan aplikasi berkaitan dengan urusan di jabatan mengikut keperluan semasa seperti pembangunan sistem ambil balik tanah, sistem mensyuarat dan sebagainya * Membangun dan mengemaskini laman web jabatan * Menyelaraskan dan mengawasi penggunaan perisian dan perkakasan ICT * Menyediakan latihan untuk semua pegawai dan anggota
|