PERTANDINGAN PELITA RAYA BEAUTIFUL TERENGGANU 2022 KATEGORI PEJABAT DAERAH NEGERI TERENGGANU |
![]() |
![]() |
![]() |
Oleh Administrator |
Rabu, 27 April 2022 00:00 |
27 April 2020 – Program Pelita Raya Beautiful Terengganu 2022 telah diadakan pada 22 - 26 April 2022 yang bertempat di Kampung Budaya Terengganu, Kompleks Muzium Negeri Terengganu anjuran Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu. Program ini telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu.
Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai yang datang berkunjung untuk menyaksikan pelita-pelita yang dihiasi dengan kreatif dan unik. Dalam program ini juga terdapat pertandingan hiasan pelita yang paling kreatif diperkarangan kampung budaya yang disertai oleh semua pejabat daerah di negeri Terengganu Sekalung Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada pemenang pertandingan program Pelita Raya Beautiful Terengganu 2022 bagi kategori Pejabat Daerah Negeri Terengganu. Penilaian dibuat berdasarkan kepada kriteria-kriteria seperti pengcahayaan, kreativiti, keselamatan dan media sosial. Keputusan juri adalah muktamad.
Berikut adalah senarai pemenang: JOHAN : Pejabat Dearah Kuala Terengganu NAIB JOHAN: Pejabat Daerah Kuala Nerus
KETIGA: Pejabat Daerah Setiu Penerima Hadiah Saguhati: 4. Pejabat Daerah Hulu Terengganu 5. Pejabat Daerah Marang 6. Pejabat Daerah Kemaman 7. Pejabat Daerah Dungun 8. Pejabat Daerah Besut
Semoga program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.
|
DiKemaskini Pada Rabu, 01 Jun 2022 08:45
Jumlah Capaian Ke Laman ini :1321 kali. |
Terma Dan Syarat | Dasar Privisi | Dasar Keselamatan | Piagam Pelanggan | Bantuan |
Di kemaskini Pada : |
Selasa 07 Februari 2023, 15:38
|
Jumlah Pelawat : | 901161 | (Statistik Penuh) |
|