Program Lawatan Kerja Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Terengganu ke Daerah Marang |
![]() |
![]() |
![]() |
Oleh Administrator |
Khamis, 13 Januari 2022 00:00 |
9 Januari 2022 (Ahad)- Satu Program Lawatan Kerja Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Terengganu ke Daerah Marang telah diadakan. Daerah Marang merupakan daerah pertama bagi Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Terengganu turun ke daerah -daerah Program lawatan kerja tersebut. Turut hadir sama dalam lawatan kerja ini ialah Yang Berhormat Dato’ Pegawai Kewangan Negeri Terengganu, YBhg. Dato’ Pengarah Tanah & Galian Terengganu, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), YBrs. Pegawai Daerah / Pentadbir Tanah Marang, Setiausaha Bahagian Pegawai-pegawai Kanan dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu, Yang DiPertua Majlis Daerah Marang dan Ketua-ketua Jabatan di Daerah Marang .Program ini dimulakan dengan Taklimat Pembangunan Daerah yang disampaikan oleh YBrs. Encik Lizan bin Che Mat, Pegawai Daerah / Pentadbir Tanah Kemaman di Pejabat Daerah & Tanah Marang. Seterusnya diikuti taklimat oleh ketua-ketua Jabatan Daerah Marang yang lain. Selesai Majlis Taklimat Pembangunan Daerah Marang , Yang Berhormat Mulia Tengku di bawa ke Dewan Majlis Daerah Marang bagi menyempurnakan Majlis Amanat Penjawat Awam Daerah Marang yang dihadiri seramai 500 orang penjawat awam Daerah Marang merangkumi Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Kemudian Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja dibawa untuk melawat tempat pelancongan di Daerah Marang. Program ini dijangka selesai jam 5 petang.
|
DiKemaskini Pada Rabu, 01 Jun 2022 11:19
Jumlah Capaian Ke Laman ini :1157 kali. |
Terma Dan Syarat | Dasar Privisi | Dasar Keselamatan | Piagam Pelanggan | Bantuan |
Di kemaskini Pada : |
Selasa 07 Februari 2023, 15:38
|
Jumlah Pelawat : | 901153 | (Statistik Penuh) |
|