PROGRAM PELITA RAYA BEAUTIFUL TERENGGANU 2021 |
![]() |
![]() |
![]() |
Oleh Administrator |
Ahad, 09 Mei 2021 00:00 |
9 Mei 2021 – Marang yang terkenal dengan replika sotong dan sinonim slogan Marang Hebak telah memilih replika itu sebagai replika utama untuk pelita raya. Kemeriahan sepanjang malam di Program Pelita Raya Beautiful Terengganu 2021 di Kampung Budaya Terengganu, Kompleks Muzium Negeri Terengganu dengan kehadiran para pengunjung yang datang untuk melihat keunikan pelita dalam pelbagai bentuk. Selain itu dapat melihat pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya Silat, sketsa dan kuiz oleh Pejabat Daerah Marang. Program Pelita Raya Beautiful Terengganu 2021 yang dianjurkan bermula pada 6 hingga 9 Mei 2021 ini adalah bertujuan untuk mempromosikan Negeri Terengganu sebagai satu destinasi Pelancongan yang masih mengekalkan Tradisi Melayu, adat resam serta warisan negeri. Suasana malam bercahayakan budaya selama 4 Hari berkampung di Kampung Budaya Terengganu telah menghidupkan kembali tradisi memasang Pelita di 10 malam terakhir bagi menyambut bulan Syawal. Disamping itu, dapat mencungkil bakat-bakat kreatif yang baru dari 7 Pejabat Daerah dalam mencipta sesuatu produk. Tak lupa juga, penglibatan pengunjung yang kekal cintakan Tradisi Melayu turun temurun.
|
DiKemaskini Pada Khamis, 26 Agustus 2021 10:52
Jumlah Capaian Ke Laman ini :1653 kali. |
Terma Dan Syarat | Dasar Privisi | Dasar Keselamatan | Piagam Pelanggan | Bantuan |
Di kemaskini Pada : |
Selasa 07 Februari 2023, 15:38
|
Jumlah Pelawat : | 901163 | (Statistik Penuh) |
|