MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT DAERAH MARANG TAHUN 1442H/2021 M |
![]() |
![]() |
![]() |
Oleh Administrator |
Isnin, 29 Mac 2021 15:27 |
28 Mac 2021 - Majlis Tilawah Al- Quran Peringkat Daerah Marang tahun 1442H/ 2021M telah diadakan di Dewan Seminar Jabatan Kerja Raya Daerah Marang yang dirasmikan oleh Y.B. Ustaz Mohd Nor bin Hamzah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri merangkap ADUN Bukit Payong. Tema Tilawah Al-Quran pada tahun ini “Ummah Rabbani, Negara Harmoni”. Turut hadir adalah Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak, YDP Majlis Daerah Marang, Fadhli Yusof Zakaria, Ketua Polis Daerah Marang, DSP Mohd Zain Mat Dris, Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu, Wahad Osman, dan Jurutera Jabatan Kerja Raya Daerah Marang, IR. TS. Khairul Amir Mohd Jamil. Majlis Tilawah kali ini diadakan mengikut norma baharu iaitu dengan merekodkan kehadiran jemputan, saringan suhu, memakai pelitup muka, penjarakan dan sebagainya. Kehadiran jemputan ke majlis kali ini terpaksa dihadkan berbanding dengan tahun-tahun lalu dengan mematuhi Standard Operasi Prosedur (SOP) ditetapkan bagi mengekang penularan pandemik COVID-19 dan ianya juga dibuat secara live melalui facebook dan youtube TV Darul Iman. Pada tahun ini kita telah memilih 8 orang peserta iaitu 4 qari dan 8 qariah untuk ke Peringkat Akhir bagi Daerah Marang. Tahniah diucapkan kepada Wan Amirul Shamnie bin Wan Rosli telah dinobatkan sebagai Juara Qari, manakala Juara Qariah pula jatuh kepada Adik Nur Afifah Binti Zaki yang mana masing-masing membawa pulang wang tunai RM3,000 serta piala pusingan. Kedua-duanya akan mewakili Daerah Marang pada Majlis Tilawah Peringkat Negeri Terengganu. Juga diucapkan tahniah kepada semua lapan peserta yang melakukan sehabis baik dalam mengalunkan
|
DiKemaskini Pada Isnin, 17 Mei 2021 16:37
Jumlah Capaian Ke Laman ini :2290 kali. |
Terma Dan Syarat | Dasar Privisi | Dasar Keselamatan | Piagam Pelanggan | Bantuan |
Di kemaskini Pada : |
Selasa 07 Februari 2023, 15:38
|
Jumlah Pelawat : | 901167 | (Statistik Penuh) |
|