PROGRAM GOTONG ROYONG DAN SAMBUTAN HARI AIR SEDUNIA PERINGKAT DAERAH MARANG 2021 |
![]() |
![]() |
![]() |
Oleh Administrator |
Isnin, 29 Mac 2021 09:27 |
27 Mac 2021 – Program Gotong Royong Sempena Hari Air Sedunia Peringkat Daerah Marang 2021 telah disempurnakan oleh Y.B Ustaz Sulaiman bin Sulong Adun Pengkalan Berangan. Turut sama dalam program ini ada Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak, YDP Majlis Daerah Marang, Fadhli Yusof Zakaria, JD JPS EN.Azlan bin Yusof. Tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Program bersempena dengan Hari Air Sedunia 2021 ini yang bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pentingnya Air dan menggalakan penyertaan pelbagai lapisan masyarakat dalam menjaga kelastarian sumber air secara menyeluruh bagi memastikan khazanah alam yang tidak ternilai harganya terpelihara dan mengekalkan ekosistem yang mampan untuk diwarisi kepada generasi akan datang. Program ini diharapkan dapat memupuk semangat tanggungjawab bersama (shared responsibility) dalam memastikan persekitaran yang lestari, membudayakan aktiviti gotong royong dan amalan hijau di kalangan masyarakat. Program ini juga bertujuan untuk mendidik masyarakat setempat agar menghargai sungai ataupun sumber air demi kelestariannya yang merupakan asset terpenting dalam kehidupan kita. Terima kasih di atas kerjasama dan sokongan semua pihak dalam menjayakan program ini dengan sentiasa patuh kepada SOP Cegah Penularan Pendamik Covid-19
|
DiKemaskini Pada Rabu, 31 Mac 2021 10:48
Jumlah Capaian Ke Laman ini :1384 kali. |
Terma Dan Syarat | Dasar Privisi | Dasar Keselamatan | Piagam Pelanggan | Bantuan |
Di kemaskini Pada : |
Selasa 07 Februari 2023, 15:38
|
Jumlah Pelawat : | 901158 | (Statistik Penuh) |
|