Oleh Administrator
|
Selasa, 22 September 2020 15:05 |
18 September 2020-Program Jejak Budaya Marang 2020 hasil cetusan idea daripada Pegawai Daerah Marang Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak, diadakan bagi menggantikan Pekan Budaya yang menjadi program dwi-tahunan di seluruh Negeri Program ini di telah dlancarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Komunikasi dan Teknologi Maklumat negeri Terengganu Ariffin Deraman di Pulau Kekabu, Marang. Ketika ditemui berkata penganjuran program ini merupakan peluang terbaik bagi industri pelancongan domestik untuk meningkatkan lagi sektor ekonomi dengan kehadiran pelancong dan pengunjung yang tidak putus sehingga ke hari ini termasuklah dapat memberi manfaat kepada semua penggiat industri pelancongan khususnya di daerah Marang.
"Program ini dirancang bertitik tolak daripada peningkatan pelancong secara mendadak ke Pulau Kapas, Marang selepas pengumuman daripada pihak kerajan yang membenarkan industri pelancongan domestik beroperasi di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan purata kehadiran pelancong seramai 5,000 orang setiap minggu."Program yang akan diadakan selama sebulan bermula September hingga Oktober ini dirangka bagi menarik pelancong ke daerah Marang khususnya yang bercuti ke Pulau Kapas dan pengunjung luar bagi mengisi cuti mereka dengan pelbagai program menarik yang disediakan sepanjang berada di Terengganu.
Sebanyak 12 program di lokasi yang berbeza menjanjikan suatu kelainan yang belum pernah berlaku. Pelbagai persembahan aktiviti budaya yang unik mengikut kekuatan setiap mukim sudah tentu menarik lebih ramai kedatangan pelancong ke Marang, sekaligus membantu meningkatkan ekonomi orang Marang.
|