Laman Web Rasmi
Pejabat Daerah Dan Tanah Marang
"Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan"
PROGRAM KAYUHAN MERDEKA TEROKAI MARANG PDF Cetak E-mail
Oleh Administrator   
Selasa, 25 Agustus 2020 00:00

 

22 Ogos - Program Kayuhan Merdeka Terokai Marang menjadi medan terbaik untuk menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri Ariffin Deraman berkata, aktiviti yang menjadi kesinambungan daripada program sebelum ini itu juga turut bertujuan untuk memperkenalkan keunikan produk dan lokasi menarik di daerah tersebut."Ini inisiatif terbaik bagi menyemarakkan lagi suasana bulan kemerdekaan di daerah Marang dengan mengibarkan Jalur Gemilang di sepanjang kayuhan yang bermula dari Dataran Marang sehingga ke Dataran Batu Putih dan berakhir di Kampung Jenang," katanya ketika merasmikan program itu hari ini.

Turut hadir sama dalam program itu, Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak dan Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pelancongan Terengganu, Fathil Abd Ghani.Menurutnya, ia adalah kesempatan terbaik apabila imej atau budaya tersebut dapat ditonjolkan ketika Terengganu dikunjungi ramai tetamu."Mengambil kira limpahan pelancong domestik di musim PKPP ini, Program Jejak Budaya Marang 2020 telah tercetus bagi menggantikan Pekan Budaya yang menjadi program tahunan di seluruh Terengganu."Memandangkan situasi PKPP yang masih berkuatkuasa, orang ramai tertumpu kepada pelancongan domestik seperti di Pulau Kapas yang menerima kunjungan hampir 5,000 pelancong setiap minggu," katanya lagi.Untuk rekod ujarnya, program itu diadakan selama sebulan bagi menarik pelancong ke daerah Marang khususnya yang bercuti di Pulau Kapas dan pengunjung luar untuk mengisi cuti mereka dengan pelbagai program menarik yang disediakan sepanjang berada di Terengganu.

 

DiKemaskini Pada Selasa, 22 September 2020 13:12
Jumlah Capaian Ke Laman ini :818 kali.
 
Alamat Untuk Di Hubungi PEJABAT DAERAH DAN TANAH MARANG
21600 Marang,
Terengganu Darul Iman.
No Telefon Dan Fax TEL : 09-6182211/6185013
FAX PDM: 09-6181963
FAX PTM: 09-6185960
E-Mail E-mail PDTM :
pdmarang@terengganu.gov.my
ptmarang@terengganu.gov.my
Direktori Kakitangan Direktori Kakitangan
Pejabat Daerah Dan Tanah Marang
Kaunter Bersepadu
e-Kajian Kepuasan Pelanggan Online
APC
Perkhidmatan Online
Jadual Bertugas Penghulu Mukim
Hakcipta Terpelihara © 2013-2014 Pejabat Daerah Dan Tanah Marang. All Rights Reserved.
Penafian:Pejabat Daerah Dan Tanah Marang tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan
disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada Laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan resolusi 1024 x 768, pelayar IE8, Mozilla Firefox
Terma Dan Syarat | Dasar Privisi | Dasar Keselamatan | Piagam Pelanggan | Bantuan
Di kemaskini Pada :
Selasa 07 Februari 2023, 15:38
Jumlah Pelawat :
901164
(Statistik Penuh)
Malaysia : https://www.malaysia.gov.my    Kerajaaan Negeri Terengganu : http://www.terengganu.gov.my    Mampu :http://www.mampu.gov.my    MSC Malaysia : http://www.mscmalaysia.gov.my Mysms :http://www.mygovmobile.malaysia.gov.my   
Ikuti Kami :
FacebookFeed

mod_vvisit_counterToday27
mod_vvisit_counterYesterday121
mod_vvisit_counterThis week616
mod_vvisit_counterLast week532
mod_vvisit_counterThis month1927
mod_vvisit_counterLast month2378
mod_vvisit_counterAll days901164

QR Kod PDTM :
5addc8a27c27188a5c40cd384a3ab5e8z