PROGRAM MAGHI CANDAT SOTONG TERENGGANU 2020 |
![]() |
![]() |
![]() |
Oleh Administrator |
Selasa, 14 July 2020 00:00 |
11 Julai 2020-Kerajaan Terengganu melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu menganjurkan 'Program Maghi Candat Sotong', iaitu program pertama pelancongan negeri selepas kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).Majlis Perasmian Program Maghi Candat Sotong Terengganu Tahun 2020 yang di sempurnakan oleh Yb Ustaz Ariffin Bin Deraman Exco Pelancongan Negeri Terengganu. Turut hadir, Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Ab Rasid Jusoh dan Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak. Program ini telah berlangsung di Jeti Marang. Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, ia selaras dengan saranan kerajaan untuk menyemarakkan kembali sektor pelancongan negeri.Menurutnya, program itu dijadualkan berlangsung pada April lalu namun terpaksa ditangguhkan susulan wabak koronavirus (Covid-19)."Program candat sotong sebelum ini mendapat pengiktirafan daripada Majlis Pelancongan Malaysia sebagai Program Pelancongan Terbaik pada tahun 2019. Sebanyak 16 bot dengan 160 peserta menyertai program itu, termasuk penggiat pelancongan dan pengamal media."Program ini juga menyaksikan pengamalan kepada norma baharu penganjuran acara dengan pelaksanaan serta pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) sebagai garis panduan SOP Acara Pelancongan Negeri Terengganu sebagaimana yang diputuskan oleh Majlis Keselamatan Negeri (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (MKN)," katanya.
|
DiKemaskini Pada Selasa, 22 September 2020 16:43
Jumlah Capaian Ke Laman ini :741 kali. |
Terma Dan Syarat | Dasar Privisi | Dasar Keselamatan | Piagam Pelanggan | Bantuan |
Di kemaskini Pada : |
Selasa 07 Februari 2023, 15:38
|
Jumlah Pelawat : | 901152 | (Statistik Penuh) |
|