PROGRAM GOTONG ROYONG DAN JAMUAN LA KAPAZ 2020 |
![]() |
![]() |
![]() |
Oleh Administrator |
Isnin, 02 Mac 2020 00:00 |
29/2/2020-Program Gotong-Royong dan Jamuan Perdana "La kapaz" 2020 telah disempurnakan oleh Ybhg Tun Ahmad Faisal bin Tun Abdul Razak, Pegawai Daerah Marang.Jamuan ini merupakan kesinambungan aktiviti gotong-royong yg telah diadakan pada tahun lepas dan sempena pengoperasian semula pulau kapas selepas musim tengkujuh. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua agensi/jabatan yang terlibat sepanjang program ini dijalankan bermula dari Oktober 2019 sehingga Februari 2020 seperti Pejabat Dun Ru Rendang, Dun Alur Limbat, Dun Pengkalan Berangan, Dun Bukit Payong, Majlis Daerah Marang, Jabatan Kerja Raya, Angkatan Pertahanan Awam, Bomba, Pengusaha Resort dan bot Pulau Kapas terutamanya Ombak Kapas Island Resort, MPKK Dun Ru Rendang, pihak media yang membuat liputan sepanjang program ini berlangsung serta semua pihak yang telah memberi kerjasama menyumbang bakti dan tenaga demi menjayakan program ini.Semoga program ini dapat memberi impak positif yang akan menambahkan bilangan pengunjung/pelancong ke Marang dan pulau kapas khususnya serta merancakkan lagi sektor pelancongan di pulau kapas.Jom ramai-ramai ke Pulau Kapas dan alami keindahannya
|
DiKemaskini Pada Selasa, 22 September 2020 12:00
Jumlah Capaian Ke Laman ini :555 kali. |
Terma Dan Syarat | Dasar Privisi | Dasar Keselamatan | Piagam Pelanggan | Bantuan |
Di kemaskini Pada : |
Rabu 01 Jun 2022, 11:19
|
Jumlah Pelawat : | 876917 | (Statistik Penuh) |
|