ANUGERAH PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN TERENGGANU 2018/2019 (APKT) |
![]() |
![]() |
![]() |
Oleh Administrator |
Selasa, 04 Februari 2020 00:00 |
2 Februari 2020 - Majlis Anugerah Pelancongan dan Kebudayaan Terengganu 2018/2019 (APKT) telah diadakan di Wisma Darul Iman. Daerah Marang telah memenangi sebanyak 2 kategori iaitu Anugerah Pekan Budaya Terbaik dan kategori Penyumbang Kepada Industri Pelancongan Terbaik. Daerah Marang telah dipilih menerima anugerah tersebut sekali gus mengangkat daerah tersebut yang sebelum ini malap menjadi tumpuan ramai pengunjung luar.
Anugerah berkenaan telah disampaikan Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, YB Ariffin Deraman dan Setiausaha Kerajaan Terengganu, Dato’ Mohd Zahari Md Azahar. Hadir sama, Pengarah Pelancongan Negeri Terengganu, Ab Rasid Jusoh.
|
DiKemaskini Pada Selasa, 22 September 2020 11:23
Jumlah Capaian Ke Laman ini :133 kali. |
Terma Dan Syarat | Dasar Privisi | Dasar Keselamatan | Piagam Pelanggan | Bantuan |
Di kemaskini Pada : |
Rabu 31 Mac 2021, 11:17
|
Jumlah Pelawat : | 837916 | (Statistik Penuh) |
|