Laman Web Rasmi
Pejabat Daerah Dan Tanah Marang
"Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan"
PENCAPAIAN DAN PENGIKITIRAFAN YANG DITERIMA OLEH PEJABAT TANAH MARANG PDF Cetak E-mail
Oleh Administrator   
Selasa, 10 Desember 2019 00:00

10 Disember 2019 – Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) mengadakan pengauditan Sistem Penarafan Bintang (SSR) Pentadbiran Tanah secara pusingan melibatkan semua pentadbiran tanah. Pada tahun ini Pejabat Tanah Marang (PTM) telah diaudit bagi pusingan kedua melibatkan 32 buah Pejabat Tanah terpilih di Semenanjung Malaysia. Pada auditan tersebut, Pejabat Tanah Marang telah berjaya mendapat pengiktirafan 5 bintang.

Majlis penyampaian Pemberian Insentif dan Sijil Pengikitirafan atas kejayaan tersebut sekali lagi telah diadakan semasa Hari Perhimpunan Bulanan Warga Kerja Wisma Darul Iman yang telah disampaikan oleh YB Dato' Mohd Zahari bin Md Azahar, Setiausaha Kerajaan Terengganu kepada Yang Berusaha Tun Ahmad Faisal bin Tun Abdul Razak, Pentadbir Tanah Marang.

Pengiktirafan ini merupakan pengiktirafan paling besar buat Pegawai dan seluruh warga kerja Pejabat Tanah Marang. Sesungguhnya amat banyak usaha yang telah dilaksanakan untuk sampai ke peringkat ini. Semoga kejayaan ini menjadi dorongan dan motivasi kepada jabatan lain di Negeri Terengganu.

PENCAPAIAN DAN PENGIKITIRAFAN YANG DITERIMA OLEH PEJABAT TANAH MARANG

a. Anugerah Inovasi Pentadbiran Daerah dan Tanah (AIPDT) 2015;
b. Johan bagi kategori Pengurusan dan Johan Keseluruhan di Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam 2015 Peringkat Negeri;
c. Anugerah Pegawai Kewangan Negeri, Pengiktirafan 4 Bintang dan Persembahan Terbaik di Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam 2017 peringkat Negeri (Projek SMART COUNTER); dan
d. Anugerah Pegawai Kewangan Negeri dan Pengiktirafan 5 bintang di Pertandingan '1 Inovasi, 1 Jabatan, 1 Tahun' Peringkat Negeri 2019 (Projek e-LMS);

Lanjutan kejayaan ini, Pengarah Tanah dan Galian Terengganu telah menyarankan supaya SMART COUNTER dan Sistem e-LMS diselaraskan dan digunapakai di seluruh Pejabat Tanah di Negeri Terengganu.

 
Alamat Untuk Di Hubungi PEJABAT DAERAH DAN TANAH MARANG
21600 Marang,
Terengganu Darul Iman.
No Telefon Dan Fax TEL : 09-6182211/6185013
FAX PDM: 09-6181963
FAX PTM: 09-6185960
E-Mail E-mail PDTM :
pdmarang@terengganu.gov.my
ptmarang@terengganu.gov.my
Direktori Kakitangan Direktori Kakitangan
Pejabat Daerah Dan Tanah Marang
Kaunter Bersepadu
e-Kajian Kepuasan Pelanggan Online
APC
Perkhidmatan Online
Jadual Bertugas Penghulu Mukim
Hakcipta Terpelihara © 2013-2014 Pejabat Daerah Dan Tanah Marang. All Rights Reserved.
Penafian:Pejabat Daerah Dan Tanah Marang tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan
disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada Laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan resolusi 1024 x 768, pelayar IE8, Mozilla Firefox
Terma Dan Syarat | Dasar Privisi | Dasar Keselamatan | Piagam Pelanggan | Bantuan
Di kemaskini Pada :
Ahad 15 Desember 2019, 16:53
Jumlah Pelawat :
808975
(Statistik Penuh)
Malaysia : https://www.malaysia.gov.my    Kerajaaan Negeri Terengganu : http://www.terengganu.gov.my    Mampu :http://www.mampu.gov.my    MSC Malaysia : http://www.mscmalaysia.gov.my Mysms :http://www.mygovmobile.malaysia.gov.my   
Ikuti Kami :
FacebookFeed

mod_vvisit_counterToday15
mod_vvisit_counterYesterday90
mod_vvisit_counterThis week296
mod_vvisit_counterLast week461
mod_vvisit_counterThis month176
mod_vvisit_counterLast month1966
mod_vvisit_counterAll days808975

QR Kod PDTM :
5addc8a27c27188a5c40cd384a3ab5e8z