WALIMATUSURUS PERDANA PERDANA PERINGKAT DAERAH MARANG 2019 |
![]() |
![]() |
![]() |
Oleh Administrator |
Ahad, 18 Agustus 2019 00:00 |
MARANG - Majlis Walimatul Urus Perdana Peringkat Daerah Marang telah diadakan pada 17 Ogos 2019 yang lalu. Seramai 24 pasangan pengantin yang akan telah dinikah di Masjid Sultanah Nur Zahirah, Marang pada hari Sabtu . Selesai akad nikah pengantin telah dibawa menaiki bas Cas Ligas yang berhias ke Dewan Paya Majlis Daerah untuk Majlis Perasmian dan Resepsi.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Mohd Nor bin Hamzah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri bersama Tuan Pegawai Daerah dan dif-dif jemputan.Program ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu dibawah kelolaan Yayasan Pembangunan Keluarga dengan kerjasama Pejabat Daerah Marang. Objektif program adalah bagi membantu golongan muda memudahkan proses perkahwinan termasuk membantu meringankan bebanan ahli keluarga yang tidak berkemampuan dalam urusan mengadakan majlis perkahwinan anak mereka.
|
DiKemaskini Pada Ahad, 15 Desember 2019 12:52
Jumlah Capaian Ke Laman ini :205 kali. |
Terma Dan Syarat | Dasar Privisi | Dasar Keselamatan | Piagam Pelanggan | Bantuan |
Di kemaskini Pada : |
Selasa 22 September 2020, 16:43
|
Jumlah Pelawat : | 829385 | (Statistik Penuh) |
|