Laman Web Rasmi
Pejabat Daerah Dan Tanah Marang
"Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan"
KEBERANGKATAN SULTAN TERENGGANU KE MAJLIS PERASMIAN MASJID KAMPUNG SENTUL PATAH, MARANG, TERENGGANU PDF Cetak E-mail
Oleh Administrator   
Selasa, 31 July 2018 11:26

MARANG 27 Julai 2018 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Al-Wathiqu Billah, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu berkenan berangkat mencemar duli menyempurnakan Majlis Perasmian Masjid Kampung Sentul Patah, Marang bermula pada jam 11.45 pagi bertempat di Masjid Kampung Sentul Patah, Marang. Keberangkatan baginda diiringi oleh Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan dan seorang lagi putera baginda, Tengku Muhammad Mu'az. Turut mengiringi Sultan Mizan ialah Menteri Besar Terengganu, YAB. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar; Ahli Dewan Pangkuan Diraja, Datuk Sheikh Harun Sheikh Ismail; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Haji Yahaya Ali dan Mufti Negeri Terengganu, Datuk Dr. Zulkifly Muda.

Diantara pengisian pada majlis tersebut ialah dimulakan dengan alunan bacaan suci ayat-ayat Al-Quran yang diperdengarkan kepada semua hadirin. Majlis diteruskan dengan ucapan YAB. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu. Seterusnya, majlis ini menjemput Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Al-Wathiqu Billah, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah untuk bertitah dan seterusnya berkenan menyempurnakan Perasmian Masjid Kampung Sentul Patah, Marang, Terengganu dengan menandatangani plak perasmian.

Majlis disusuri dengan bacaan doa selamat yang diketuai oleh Sahibus Samahah Dato’ Dr. Haji Zulkifly Bin Muda, Dato’ Mufti Negeri Terengganu. Sejurus selesai majlis perasmian, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bersama hadirin menunaikan solat Jumaat berjemaah di masjid berkenaan seterusnya ke majlis santapan tengahari di perkarangan masjid sebelum berangkat meninggalkan majlis.

 

DiKemaskini Pada Selasa, 31 July 2018 12:29
Jumlah Capaian Ke Laman ini :136 kali.
 
Alamat Untuk Di Hubungi PEJABAT DAERAH DAN TANAH MARANG
21600 Marang,
Terengganu Darul Iman.
No Telefon Dan Fax TEL : 09-6182211/6185013
FAX PDM: 09-6181963
FAX PTM: 09-6185960
E-Mail E-mail PDTM :
pdmarang@terengganu.gov.my
ptmarang@terengganu.gov.my
Direktori Kakitangan Direktori Kakitangan
Pejabat Daerah Dan Tanah Marang
Kaunter Bersepadu
e-Kajian Kepuasan Pelanggan Online
APC
Perkhidmatan Online
Jadual Bertugas Penghulu Mukim
Hakcipta Terpelihara © 2013-2014 Pejabat Daerah Dan Tanah Marang. All Rights Reserved.
Penafian:Pejabat Daerah Dan Tanah Marang tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan
disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada Laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan resolusi 1024 x 768, pelayar IE8, Mozilla Firefox
Terma Dan Syarat | Dasar Privisi | Dasar Keselamatan | Piagam Pelanggan | Bantuan
Di kemaskini Pada :
Selasa 16 Oktober 2018, 11:17
Jumlah Pelawat :
749343
(Statistik Penuh)
Malaysia : https://www.malaysia.gov.my    Kerajaaan Negeri Terengganu : http://www.terengganu.gov.my    Mampu :http://www.mampu.gov.my    MSC Malaysia : http://www.mscmalaysia.gov.my Mysms :http://www.mygovmobile.malaysia.gov.my   
Ikuti Kami :
FacebookFeed

mod_vvisit_counterToday43
mod_vvisit_counterYesterday181
mod_vvisit_counterThis week416
mod_vvisit_counterLast week1506
mod_vvisit_counterThis month3741
mod_vvisit_counterLast month6474
mod_vvisit_counterAll days749343

QR Kod PDTM :
5addc8a27c27188a5c40cd384a3ab5e8z