BAHAGIAN PEMBANGUNAN TANAH
* Permohonan penyerahan balik dan pemberimilikan semula tanah * Permohonan serentak pecah sempadan dan ubah syarat tanah * Permohonan ubah syarat, pecah sempadan / bahagian tanah * Permohonan penyatuan tanah * Memproses permohonan penukaran jenis tanah dari pertanian kepada industri * Pemberian milik tanah di bawah akta tanah * Memproses permohonan pecah sempadan / bahagian, pemberian milik tanah dan penyerahan semula untuk tujuan membangunkan tanah di atas tanah milik
BAHAGIAN PENDAFTARAN URUSNIAGA
* Menerima suratcara urusniaga / bukan urusniaga * Menyemak dokumen untuk menentukan kelayakan pendaftaran selaras dengan peraturan dan perundangan * Mendaftar hakmilik tanah * Mendaftar urusnniaga dan bukan urusniaga * Menyedia dan mendaftar hakmilik sementara dan hakmilik kekal * Menyemak dan menjilid dokumen hakmilik, suratcara urusniaga dan bukan urusniaga
BAHAGIAAN PENGUATKUASAAN
* Menyiasat dan menyediakan laporan aduan orang ramai * Membuat laporan tanah mengenai permohonan permit pengeluaran bahan batuan, permohonan tanah dan lesen menduduki sementara * Menjalankan penguatkuasaan terhadap pengeluaran bahan batuan tanpa permit * Menjalankan penguatkuasaan terhadap pencerobohan tanah kerajaan * Mengemukakan laporan siasatan sebelum proses pendakwaan dilaksanakan
BAHAGIAN KEWANGAN DAN PENTADBIRAN
* Mengurus hal ehwal pentadbiran dan kewangan secara efektif dan efisyen supaya dapat meningkatkan kualiti pengurusan pentadbiran peringkat daerah * Mengawasi disiplin dan memproses tindakan tatatertib * Mengurus segala cuti, menyedia dan memprooses dokumen persaraan * Menyelaras kursus-kursus, seminar dan bengkel bagi meningkatkan kefahaman tetntang dasar dan peraturan kerja semasa * Melaksanakan pengurusan perolehan pejabat dan mengawalselia keperluan * Menguruskan tatacara pengurusan aset alih kerajaan di jabatan meliputi harta modal, dan inventori merangkumi aspek penerimaa, pendaftaran, penyimpanan, penggunaan dan penyelenggaraan, pelupusan, kehilangan dan hapuskira.
BAHAGIAN HASIL
* Menyelaras, memungut hasil dengan cara lebih berkesan * Melicinkan perjalanan sistem pembayaran cukai atau hasil setempat * Menyelaraskan laporan pungutan hasil bulanan * Mengumpul maklumat berkaitan hasil tanah bagi tujuan pemantauan * Merangka dasar dan perancangan kutipan tahunan hasil tanah
BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
* Membangunkan aplikasi berkaitan dengan urusan di jabatan mengikut keperluan semasa seperti pembangunan sistem ambil balik tanah, sistem mensyuarat dan sebagainya * Membangun dan mengemaskini laman web jabatan * Menyelaraskan dan mengawasi penggunaan perisian dan perkakasan ICT * Menyediakan latihan untuk semua pegawai dan anggota
|